RSS

Thursday, October 20, 2011


Assalammualaikum dan salam sejahtera..


PTCI mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak menyokong kami terutamanya kepada para ibu bapa yang memberi sepenuh kepercayaan dan kerjasama dalam memastikan kejayaan anak-anak sekalian. Di atas sokongan tersebut, PTCI telah melangkah setapak lagi dengan membuka sebuah cawangan baru di Matahari Heights, InsyaAllah..


Kepada yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke PTCI, anda masih belum terlewat lagi..sila rujuk iklan yang sedang disiarkan di dalam Metroliv..


PTCI berharap agar tahun 2012 dapat melakar satu lagi kecemerlangan akademik di kalangan anak-anak didik PTCI. Pada yang telah dan akan menempuh peperiksaan pada tahun ini, 'Selamat Maju Jaya' diucapkan, tidak lupa dengan doa agar berjaya mendapat kecemerlangan seperti yang diimpikan. :)








Monday, December 7, 2009






Pusat Tusyen Cahaya Ilmu ( PTCI ) telah didaftarkan di bawah lesen perniagaan bernombor NS0058047-W merupakan pusat tuisyen yang terletak di lokasi yang amat strategik di mana pelbagai kemudahan boleh didapati di kawasan ini. Kami mula beroperasi pada Julai 2009 di atas lot Klinik Anjung Karisma di Lavender Business Square dan terletak berhampiran dengan Hospital Pakar Senawang.



Antara faktor utama pusat tuisyen ini mendapat tempat di hati para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen kami adalah kerana suasana pembelajaran yang kondusif, kelas yang selesa dilengkapi dengan penghawa dingin serta bilangan pelajar bagi setiap kelas dihadkan untuk penumpuan yang efektif. Pendekatan pembelajaran secara individu (one-to-one approach) turut digunakan di pusat tuisyen kami ini.



Tenaga pengajar di pusat tuisyen ini terdiri daripada guru-guru berpengalaman dan prihatin dari pelbagai sekolah terbaik di Negeri Sembilan. Selain itu juga, kami turut menyediakan kelas mengaji Al-Quran untuk para pelajar dan juga golongan dewasa.
 
Copyright SELAMAT DATANG KE 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .