RSS

Monday, December 7, 2009






Pusat Tusyen Cahaya Ilmu ( PTCI ) telah didaftarkan di bawah lesen perniagaan bernombor NS0058047-W merupakan pusat tuisyen yang terletak di lokasi yang amat strategik di mana pelbagai kemudahan boleh didapati di kawasan ini. Kami mula beroperasi pada Julai 2009 di atas lot Klinik Anjung Karisma di Lavender Business Square dan terletak berhampiran dengan Hospital Pakar Senawang.



Antara faktor utama pusat tuisyen ini mendapat tempat di hati para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen kami adalah kerana suasana pembelajaran yang kondusif, kelas yang selesa dilengkapi dengan penghawa dingin serta bilangan pelajar bagi setiap kelas dihadkan untuk penumpuan yang efektif. Pendekatan pembelajaran secara individu (one-to-one approach) turut digunakan di pusat tuisyen kami ini.



Tenaga pengajar di pusat tuisyen ini terdiri daripada guru-guru berpengalaman dan prihatin dari pelbagai sekolah terbaik di Negeri Sembilan. Selain itu juga, kami turut menyediakan kelas mengaji Al-Quran untuk para pelajar dan juga golongan dewasa.
 
Copyright SELAMAT DATANG KE 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .